KELANTAN VS QPR 20 JULAI 2012 | MASA PERLAWANAN DITUNDA | Alhamdulillah, akhirnya pertikaian sesetengah peminat bola sepak berkenaan masa perlawanan Kelantan vs QPR selesai. Ini kerana QPR bersetuju melewatkan sedikit sepak mula perlawanan itu bagi memberi peluang penonton beragama Islam menunaikan solat sunat Terawih kerana umat Islam negara ini, djangka mula berpuasa pada keesokan harinya.
Pengurusan stadium akan menyediakan lebih banyak tempat untuk penonton menunaikan solat sunat Terawih di stadium pada malam perlawanan itu.
Sebanyak 65,000 tiket dijangka dijual sempena perlawanan berkenaan dan harganya lebih murah berbanding perlawanan akhir Piala FA menentang Kelab Sime Darby pada Mei lepas, iaitu RM33, RM53 dan RM73 bagi tempat terbuka. Stadium Shah Alam akan menjadi venue perlawanan Kelantan vs QPR berikutan Stadium Nasional Bukit Jalil akan digunakan skuad negara menentang Arsenal empat hari kemudiannya.
Peminat Kelantan dan QPR berpeluang menyaksikan sesi latihan dan sesi ramah mesra bersama kedua-dua pasukan bola sepak itu pada 19 Julai di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Pasukan QPR dijangka menurunkan kesebelasan utama termasuk Andy Johnson, Robert Green, Anton Ferdinand dan Djibril Cisse pada perlawanan tersebut.
K

















{ 0 comments… add one now }