BERITA KEMATIAN BOB KUMAN-UPDATE 3 MEI 2012
KEMATIAN BOB KUMAN HANYA FITNAH | Apa punya manusia la yang menyebarkan berita kematian artis komedi negara, Bob Kuman nie. Adakah hanya permainan keyword oleh blogger yang tak bertanggungjawab atau sekadar rasa iri hati sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan atas faktor kesihatan beliau.
Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial pada Sabtu disahkan palsu. Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
“Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
“Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan,” katanya.
Katanya tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya. Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
KEMATIAN BOB KUMAN HANYA FITNAH - SILA JANGAN PERCAYA,“Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.


















{ 1 comment… read it below or add one }
sape yg mulakan berita palsu ni ek..adoi..tak kesian ke??