Memandang kaca televisyen tgh hari nie, rancangan hangat Melodi sedang keudara. Kelihatan wajah artis yang manis dan ayu umpama gadis melayu terakhir. Artis tersebut ialah Wan Sharmila. Perghh….memang tergoda bila melihat senyumannya. Tapi bila soalan diaju dan jawapan dibalas. Nauzubillah…..ape nak jadi dengan artis Malaysia zaman sekarang nie. Ape nak jadi dengan didikan agama oleh mak dan ayah diorang nie. Siap leh cakap ” saya memang dari dulu dah seksi. Tak caye tanya MAK saya” jawapan Wan Sharmila kepadawartawan Melodi. Aduh….kalau difikir oleh orang waras, tak ke jawapan tersebut menjatuhkan maruah mak, ayah dan keluarga dia. Tapi…..selamber dog jer. Isshhhkkk!!!!!
Soalan Melodi bermula dengan apa pendapat dia bilamana orang bercakap yang Wan Sharmila terlampau seksi. Adakah dari dulu atau selepas popular baru jadi macamnie atau selepas bercerai baru Wan Sharmila berpakaian seksi? Tapi jawapan yang diberikan memang…..menang seperti orang yang tiada langsung ajaran agama Islam dalam dirinya dan tanpa segan silu seperti membuka pekung di dada. Aduh…..busuknya artis Melayu sekarang nie. Jawapan yang diberikan dia telah lama seksi malah sebelum popular lagi dan sebelum masih bergelar isteri orang lagi. Hmm….dalam otak abgteror berkata “padan la bercerai….nie mesti kes laki jumpa dekat club”. Dia tambah….tak betul-betul tak percaya boleh tanya mak dia. Tambah kusut pala nie. Apa agama dia orang nie sebenarnya?
Di mana keadilan untuk Islam di negara Malaysia nie sebenarnya. Di mana undang-undang dan tanggungjawab pimpinan negara dalam membendung gejala sesat dalam terang nie? Tiada langsung sekatan atau garis panduan untuk menjaga tatasusila artis mahupun orang ramai kerana majoriti penduduk negara ini adalah Islam, atau Malaysia ingin menjadi contoh negara Islam yang rosak akhlaknya tanpa sebarang undang-undang yang berani diketengahkan untuk menegakkan kebenaran agama Islam? Fikir-fikirkanlah yer. Jangan sampai berlaku bala bencana baru mahu bertaubat. Wallahualam.


















{ 0 comments… add one now }