KEPUTUSAN LEE CHONG WEI VS LIN DAN FINAL OLIMPIK 5 OGOS 2012 | Dalam debaran memburu pingat emas Malaysia yang pertama, hasrat Malaysia untuk memperoleh pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik hancur apabila Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh ketatnya dari China, Lin Dan dengan pungutan mata 21-15,10-21 dan 19-21.
Dengan kekalahan itu bermakna Chong Wei memungut pingat peraknya yang kedua selepas tewas kepada pemain yang sama dalam perlawanan akhir di temasya Beijing empat tahun lalu.
Apapun, tahniah diucapkan buat Datuk Lee Chong Wei yang berhempas pulas dan berjaya membuktikan dirinya masih mampu memberi tentangan hebat kepada Lin Dan. Semoga kejayaan Lee Chong Wei ini akan memberi semangat kepada atlit lain yang turut beraksi dalam temasya Olimpik kali ini. Tahniah sekali lagi ikhlas dari abgteror.
KEPUTUSAN LEE CHONG WEI VS LIN DAN FINAL OLIMPIK 5 OGOS 2012,


















{ 0 comments… add one now }