KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT LAGI – 2 MEI 2012

by abgteror on May 2, 2012

in Bencana

Post image for KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT LAGI – 2 MEI 2012

BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR – 2 MEI 2012 | Bila hujan lebat pasti orang ramai pikir takut jem jea dekat KL. Tapi harinie, bila hujan turun bermula dari jam 1.30 ptg sehingga jam 8.00 malam tadi, pastinya orang ramai boleh menduga apa yang bakal terjadi pada Kuala Lumpur.

Seperti yang diramalkan, banjir kilat melanda sekurang-kurangnya 10 kawasan di ibu negara ekoran hujan lebat sejak tengah hari tadi. Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi berkata, kawasan yang dinaiki air ialah di Sentul dan Salak Selatan.

Kawasan di Sentul dinaiki air kira-kira jam 4.40 petang manakala di Salak Selatan jam 3.40 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan air sudah semakin surut. Pusat Kawalan Operasi Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengesahkan beberapa kawasan sekitar ibu kota dinaiki air.

Setakat ini berdasarkan aduan diterima dari orang ramai, beberapa kawasan yang dinaiki air iaitu, di sekitar Sentul; Salak Selatan; Taman Putra, Dang Wangi dan Tasik Permai, Ampang. Manakala di Hulu Klang, tiga tempat dinaiki air iaitu di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang; Taman Keramat AU5 dan di kawasan perumahan Kemensah Height.

Setakat ini seramai 24 orang membabitkan enam keluarga dipindahkan ke Balai Penghulu Mukim Hulu Kelang, Gombak dari dua kampung iaitu Kampung Fajar dan Kampung Kuala Ampang di daerah itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Hujan lebat sekitar 2 petang tadi menyebabkan air Sungai Gombak melimpah mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT LAGI - 2 MEI 2012, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: