LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO BAKAL BERKAHWIN

by abgteror on August 27, 2012

in Sukan

Post image for LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO BAKAL BERKAHWIN

LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO BAKAL BERKAHWIN TAHUN HADAPAN | Tahniah. Akhirnya berita terkini yang baru diketahui bahawa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merancang mendirikan rumah tangga tahun depan dengan pasangannya yang juga ahli sukan negara.

Menurutnya, beliau akan membuat sidang akhbar mengenai perkara itu selepas pulang daripada Sukan Olimpik di London nanti.

“Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu,” katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di sini hari ini.

Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan.

Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti kem latihan badminton negara.

Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.

“Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda,” katanya.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)
LEE CHONG WEI DAN WONG MEW CHOO BAKAL BERKAHWIN, 8.2 out of 10 based on 5 ratings

{ 8 comments… read them below or add one }

mrs.yie August 28, 2012 at 15:00

tahniah dlcw..tahniah jgk buat mew choo..

Reply

Nizam Ijam August 28, 2012 at 10:30

untung r awek cuuuunnnnnn

Reply

abgteror August 28, 2012 at 13:53

kou bila lagik bro?

Reply

Nizam Ijam August 28, 2012 at 17:47

hahaha… ko r tolong carikan.. HAHA

Reply

Katak Comel August 28, 2012 at 00:34

owner blog ni ble nk kawen lg..kahkah

Reply

abgteror August 28, 2012 at 13:53

hahahhahah….nak mampussssss

Reply

beckhr00y July 8, 2012 at 20:01

tahniah

Reply

Oh! budu July 5, 2012 at 19:31

sama2 handal badminton. anak of course genius.. hehe

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: