LEFTHANDED BAKAL ADAKAN KONSERT DI JB DAN SINGAPORE

by abgteror on April 5, 2012

in Hiburan

LEFTHANDED  ADAKAN KONSERT DI JB DAN SINGAPORE | Dah lama rasanya tak layan Kumpulan rock tanah air yang masih belum hilang bisa dan taringnya, Lefthanded akan mengadakan persembahan istimewa mereka di Johor Bahru, Johor, Mei ini, diikuti dengan persembahan di Singapura pada Jun nanti. Menurut vokalis Lefthanded, Nash, 53, atau nama sebenar beliau, Jamaluddin Elias, persembahan selama dua hari di Johor Bahru pada 5 dan 6 Mei nanti merupakan satu persembahan yang selama ini dinanti-nantikan oleh para peminat kumpulan tersebut.

“Ramai yang menunggu untuk menyaksikan persembahan Lefthanded dan mendengar lagu-lagu hit kami termasuk Ku Di Halaman Rindu, Seruan, Pada Syurga Di Wajahmu dan banyak lagi.

“Persembahan kami nanti boleh dianggap sebagai satu persembahan untuk melepaskan kerinduan peminat terhadap kami dan kami terhadap peminat. Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan kami selama dua hari di Johor nanti,”.

Konsert selama dua jam itu pasti menghiburkan kerana Lefthanded telah membuat persiapan awal untuk bertemu dengan para peminat di Johor Bahru. Selepas persembahan di Johor Bahru, Lefthanded akan menemui peminat mereka di Singapura pula.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
LEFTHANDED BAKAL ADAKAN KONSERT DI JB DAN SINGAPORE , 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

mrs.yie April 6, 2012 at 10:05

ai like lepended.. :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror