MAJLIS AKAD NIKAH APEK DAN LEUNIEY MERIAH

by abgteror on December 29, 2012

in Hiburan, Sukan

MAJLIS AKAD NIKAH APEK DAN LEUNIEY MERIAH | Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey Natasha) kini sah bergelar pasangan suami isteri.

Majlis akad nikah telah diadakan di kediaman pengantin perempuan iaitu di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Pasangan ini telah dinikahkan kira-kira jam 10 pagi tadi oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib dengan bersaksikan Abdul Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga pengantin perempuan serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min daripada pihak lelaki.

Dalam majlis tersebut, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin dan wang hantaran bernilai RM19,000 serta tujuh dulang yang mengandungi barangan seperti kain, minyak wangi, beg tangan, cincin, kasut, alat solekan, jam tangan serta sirih junjung dan turut dibalas oleh tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan yang terdiri daripada kain, minyak wangi, jam tangan, kasut, cincin, sirih, dompet serta tali pinggang dan kemeja.

Apek, 23, bersyukur kerana majlis akad nikah telah berlangsung dengan selamat walaupun timbul kontroversi sebelum ini.

“Saya bagaikan tidak percaya sudah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah SWT.

“Bercerita tentang wang hantaran berjumlah RM19,000, ia sebenarnya simbolik kepada angka 19 yang merupakan nombor bertuah bagi saya. Jadi saya harap ia akan memberi tuah dalam perkahwinan saya dan Leuniey.

“Tentang soal bulan madu, kami masih belum memikirkannya kerana ingin mendahulukan perkara yang wajib,” ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta selepas terlibat dalam penggambaran iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
MAJLIS AKAD NIKAH APEK DAN LEUNIEY MERIAH, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

qadar January 1, 2013 at 21:25

selamat pengantin baru.semoga bahagia akhir hayat.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror