MAJLIS PERKAHWINAN IZZUE ISLAM DAN AWIN 2 JUN 2013

by abgteror on May 28, 2013

in Hiburan

][ GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN IZZUE ISLAM ][

MAJLIS PERKAHWINAN IZZUE ISLAM DAN AWIN 2 JUN 2013 | Izzue Islam mengakui berdebar menantikan detik-detik manis untuk diijabkabulkan dengan pengurusnya, Nurinafilah Waharudin atau Awin pada 2 Jun depan di Dewan Shah Alam (Indah).

Bagaimanapun Izzue, 23, berkata, pada masa sama dia juga tidak sabar untuk bergelar suami serta melalui alam perkahwinan bersama wanita yang disayanginya itu.

"Berdebar jugalah dibuatnya, apa-apa pun saya berharap majlis perkahwinan kami akan berjalan dengan lancar.

"Tidak sabar rasanya mahu bergelar suami dalam membina rumah tangga. Semoga saya dan Awin dapat melalui susah senang bersama, Insya-Allah," katanya.

Bagaimanapun tambah Izzue, dia dan Awin masih belum merancang berbulan madu dalam masa terdekat ini memandangkan kerja-kerja penggambaran masih lagi belum selesai.

Dalam pada itu pasangan ini sudah mula mengedarkan kira-kira 500 keping kad jemputan perkahwinan mereka.

][ GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN IZZUE ISLAM ][

Izzue dan Awin akan diijabkabulkan pada pukul 9 pagi manakala majlis resepsinya akan diadakan pada sebelah tengah hari.

Menurut Izzue, seramai 100 orang yang diundang untuk menghadiri majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu.

Mengenai busana yang akan dikenakan pada majlis itu kedua-dua mereka akan memakai pakaian songket pada majlis akad nikah manakala pada acara resepsi pula mereka akan berpakaian Inggeris.

Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat juga akan menaja persalinan pasangan itu bagi acara potong kek.

Izzue dan Awin telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2012.

][ GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN IZZUE ISLAM ][

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
MAJLIS PERKAHWINAN IZZUE ISLAM DAN AWIN 2 JUN 2013, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror