MAKLUMAT TERKINI BANJIR DI PORTAL MAJLIS KESELAMATAN NEGARA | Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi banjir di seluruh negara melalui portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 15 November lalu. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata portal di alamat http://portalbanjir.mkn.gov.my itu akan dikemaskinikan secara kerap.”Kita pohon masyarakat berkomputer kita untuk menggunakan portal ini sekerap mungkin untuk mendapatkan maklumat selain mendengar radio RTM dan juga radio dari Media Prima, Astro dan cawangan radio di negeri seluruh negara.
Rais berkata demikian pada taklimat berkaitan Pelan Tindakan Komunikasi Hadapi Banjir kepada media di sini hari ini. Beliau berkata, media juga mesti peka kepada isu yang mungkin berbangkit ketika banjir seperti rungutan mangsa mengenai kelewatan menerima bantuan dan ia boleh dilaporkan oleh media kerana ini boleh membantu mempercepatkan misi bantuan.
Rais bertemu dengan semua wakil pengamal media kerajaan dan swasta serta agensi kerajaan berkaitan banjir, antaranya Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JMM bertanggungjawab memberi amaran awal berkaitan cuaca buruk dan juga angin kencang kepada orang ramai manakala JKM bertanggungjawab menyedia dan menguruskan pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir.
MAKLUMAT TERKINI BANJIR DI PORTAL MAJLIS KESELAMATAN NEGARA,



















{ 0 comments… add one now }
{ 1 trackback }