MALAYSIA BAKAL MILIKI SENJATA CANGGIH | TUDM BERSEDIA HADAPI SERANGAN

by abgteror on June 1, 2011

Assalamualaikum dan salam satu blogger. Malam nie abgteror nak share berkenaan info terbaru berkenaan dengan sistem pertahanan negara yang akan ditingkatkan dengan beberapa senjata dan jentera yang dianggap paling moden dan canggih pada era ini. Diharap dengan memiliki peralatan ini, pertahanan negara dapat ditingkatkan dan kita akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur.




Mulai tahun depan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memiliki helikopter, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara baru bagi memantapkan peranannya sebagai peneraju unggul menangkis sebarang ancaman luar terhadap negara. Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, TUDM juga akan menggunakan perkhidmatan Helikopter EC 725 mulai 2013 bagi meningkatkan keupayaan tugas-tugas mencari dan menyelamat.

Seterusnya, mulai tahun 2012 hingga 2014, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara merupakan aset baru akan diperoleh bagi meningkatkan lagi keupayaan pesawat canggih TUDM dalam operasi pertahanan dan pertempuran di udara. Perolehan pesawat pengangkut Airbus A400M pula dijadual diterima mulai 2015, kata Rodzali dalam ucapannya sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-53 di Pangkalan Udara TUDM Butterworth di sini hari ini. – Bernama

 
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

kualalumpur August 17, 2012 at 21:30

kita boleh berbangga dengan beli senjata, sementara jiran Indo mereka sudah berjaya dengan bikin senjata… bilakah malaysia sanggup hadapi kejayaan jiran Indo?..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror