MALAYSIA VS SC BEIRA-MAR DALAM SIRI JELAJAH? | Betul ke khabar angin Malaysia vs SC Beira-Mar? Menerusi laman sesawang maisfutebol.iol.pt, ejen yang bertanggungjawab membawa Nazmi ke Eropah, Marco Guimaraes mengakui sesi jelajah ke Malaysia mampu dilaksanakan oleh kelab yang digelar Auri Negros (emas hitam) itu seperti mana yang dilakukan oleh kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dan Arsenal Julai nanti, namun semuanya bergantung kepada sokongan terutama daripada pihak berkuasa tempatan.
Pergh….pasti akan tercetusnya sat fenomena baru bagi peminat bola sepak tempatan yang rata-ratanya tidak pernah mengikuti perkembangan bola sepak Liga Portugal. Apapun kita tunggu dulu keputusan FAM tentang cadangan menarik yang diutarakan sendiri oleh kelab tersebut. Walaubagaimanapun, Beira-Mar dikatakan akan tetap meneruskan rancangan jelajah ke Malaysia pada penghujung tahun ini sekiranya rancangan tersebut tidak dapat diadakan dalam masa terdekat.
Fenomena yang dibangkitkan oleh Nazmi Faiz Mansor berjaya selepas mengikat kontrak dengan pemain Harimau Muda berusia 17 tahun itu, Beira-Mar pastinya akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air kerana turut berbangga dengan kehadiran anak muda kelahiran Kuala Lumpur itu. Nantikan khabar berita gembira Malaysia vs SC Beira-Mar yang mungkin akan diumumkan kelak.
MALAYSIA VS SC BEIRA-MAR DALAM SIRI JELAJAH? ,


















{ 0 comments… add one now }