MAN IN BLACK 3 (MIB3) LAMAR LADY GAGA BUAT KEMUNCULAN KHAS

by abgteror on March 2, 2012

in Hiburan

MAN IN BLACK 3 (MIB3) LAMAR LADY GAGA BUAT KEMUNCULAN KHAS | Bintang filem terkenal, Will Smith telah mendedahkan bahawa penyanyi “Born This Way”, Lady Gaga bakal membuat penampilan khas dalam “Men In Black 3“.

Bercakap ketika penampilan promosi di Rio minggu lalu, Smith memberitahu Gaga akan memegang watak kecil dalam sekuel terbaru arahan Barry Sonnenfeld ini.

“Kami mempunyai beberapa selebriti terkenal yang membuat penampilan khas tetapi saya tidak boleh mendedahkannya.

“Kami mesti kekalkan sebagai kejutan bahawa Lady Gaga akan muncul bersama,” ujar aktor berusia 43 tahun ini kepada laman web ElCorilloRD baru-baru ini.

Sebelum ini Gaga pernah memberitahu pengacara Ellen DeGeneres tentang hasratnya untuk mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan.

“Impian saya adalah untuk berlakon dalam filem arahan Woody Allen,” akui Gaga.

Sebelum ini francais “Men In Black” seringkali menampilkan selebriti terkenal dalam filem mereka seperti mendiang Michael Jackson yang muncul dalam filem keduanya.

Dalam sekuel terbaru ini, penyanyi pop Nicole Scherzinger akan turut serta dan memegang watak jahat.

Dibarisi oleh Will Smith, Tommy Lee Jones, Emma Thompson dan ramai lagi, “Men In Black 3” dijangka berada di pawagam pada Mei akan datang.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror