MATTA FAIR PERLIS 2012 DIRASMIKAN RAJA MUDA PERLIS | Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merasmikan MATTA Fair Perlis 2012 di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini, malam tadi.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pemain sektor pelancongan perlu peka terhadap perubahan kehendak pelancong yang sentiasa inginkan kelainan bagi menjana kepuasan percutian mereka.
Maka diingatkan ejen pelancongan perlu kreatif untuk memikat kehadiran pelancong di samping mempergiat promosi produk pelancongan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggamit kehadiran 36 juta pelancong pada 2020 dengan adanya MATTA Fair Perlis 2012 ini.
Terdapat pelbagai gerai pameran yang disertai lebih 30 agensi dan syarikat pelancongan.
MATTA Fair Perlis 2012 yang julung kali diadakan berlangsung selama tiga hari dan ia dianjurkan oleh MATTA (Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Penggembaraan Malaysia) dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis, Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia.


















{ 0 comments… add one now }