MENTOR 6 | PUTERI CAROLINE DIPILIH SEBAGAI PROTEGE ELLA

by abgteror on March 15, 2012

in Hiburan

Tahniah kepada Puteri Caroline kerana berjaya membuatkan Ella memilih gadis yang empunya nama, Puteri Caroline Mohd Kamel (Caroline) sebagai protege program Mentor musim keenam adalah kerana sifat misteri yang dimiliki gadis dari Kelantan itu.

Ella berkata selain faktor bakat, Caroline, 20, mempunyai ciri-ciri menarik yang memikat hatinya untuk dia mendekati dan menerokai gadis berkenaan.

“Dia (Caroline) seorang yang pendiam dan misteri. Bakat dan sifatnya itu memikat hati saya.

“Saya tidak mahu menghakimi dia. Saya mahu menerokai kebolehan dan potensi Caroline,” katanya yang memilih Caroline daripada enam calon yang disenaraikan.

Penyanyi lagu Puisi Hamba itu berkata sebagai persediaan untuk program berkenaan, dia cuba menyuntik keyakinan pada karakter Caroline agar lebih berani dan menonjol.

“Saya mempunyai hasrat yang besar untuk lihat dia berjaya, jadi saya akan bimbing dia dengan pendekatan dan formula sendiri.

Selain Ella dan Caroline, Mentor 6 turut membariskan Ogy dan protegenya Zatul serta Ramlah Ram bersama protege, Ana Syuhada Noor Asram, 21 (Ana Syuhada).

Faizal Tahir pula mempertaruhkan Anas Ridzuan, 23, (Anas), Ferhad dengan Salwani Sawi, 18, (Wanie) dan Adam dengan protegenya Abd Kadir Unding Lana, 23, (KJ).

Masih lagi diacarakan oleh Ally Iskandar Mohd Mardzi, konsert mingguan akan disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 Mac ini pada setiap Ahad, pukul 9 hingga 10.30 malam di TV3.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.5/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
MENTOR 6 | PUTERI CAROLINE DIPILIH SEBAGAI PROTEGE ELLA , 7.5 out of 10 based on 2 ratings

{ 1 comment… read it below or add one }

Rakan Blog March 15, 2012 at 20:16

misteri juga ni…

yang penting join rakanblog.com tak misteri….sama-sama membantu para bloggers malaysia.TQVM

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror