>>>LOGIN TO MFACE<<<
MFACE LAMAN WEB SOSIAL MALAYSIA PERTAMA | Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface. Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.
Mface ini diilhamkan berpandukan laman sosial Facebook setelah pengasasnya sejak tiga tahun yang lalu yakni 2008 beliau sudah pun bergelar bilionair, sekali gus diumumkan sebagai juwatan termuda dunia. Kekayaan milik Mark Zuckerberg bukan warisan turun-temurun keluarga sebaliknya bersandarkan aset perniagaannya sendiri.
Facebook, yang berinteraksi sekitar Universiti Harvard pada 2004 mencetuskan fenomena seluruh dunia sehingga menjulang nama Mark.Kejayaan Mark dibaca, memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan remaja mengikuti jejaknya.
Majlis pelancaran Mface diadakan di Hotel Doubletree By Hilton, Ampang, Rabu lalu dan dimeriahkan dengan kehadiran Afdlin Shauki, Zizan Razak, Amyza Adnan, Ezlynn, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Kumpulan Forteen, Serina Redzuan, Sathiya dan ramai lagi.
Menurut AC, Mface sebuah laman sosial tempatan diilhamkan daripada facebook bagaimanapun konsep yang diketengahkan sedikit berbeza kerana ia membawa pulangan buat pelayarnya.
“Fungsinya sama seperti facebook apabila pengguna boleh mengemas kini gambar, status dan berkongsi perkembangan serta maklumat mereka dengan orang ramai.
“Cuma yang berbeza adalah kita wujudkan laman ini dengan cara yang lebih bijak dan bermanfaat, dengan menawarkan peluang menjana pendapatan kepada 60 artis tanah air yang sama-sama berusaha membangunkan menerusi laman itu.
“Jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti facebook dan twitter secara percuma, penyertaan dalam Mface ini memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.
“Setiap seorang artis meskipun mereka pasangan suami-isteri tetap akan diberikan 100,000 unit. Bagaimanapun, sebelum mendapat perolehan syer kita perlu mencapai satu juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham.
“Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka,” katanya.



















{ 10 comments… read them below or add one }
mencari kenalan
cari kenalan
dia lmbat maybe sbb login page dia x clean cm social network yg lain..cntohnya cm Facebook..
Mface nie..login page dia pnuh dgn gmbar2 n Video..spatutnya difokuskn Logo Mface n tmpat2 utk isi Email n Password je..n mybe jgak dia x gna Save for the web feature..ntah la..tpi dia dh mmpu wt social network cmnie kn..spatutnya dia mmpu brfkir jgak..n mngkin dia ad sbb buat cmnie..haha..biar la..dia y g buat..
ok la….takkan baru start abg2 dah nak ckp yang bukan2…dan takkan la baru je hidup kite nak 100% perfect…mesti la nak start dr bawah baru la founder dapat up kan supaya 90% trbaik…..salam
isk isk isk…… plz wat mesra pengguna ckit… x complete lagi da launch….. parah camni….
hello
Saya pun sama…
mana icon nak klik nieh…
Astaga, ponin kepala den
mmg paparan dia kurang mesra pengguna lagik…abgteror sendiri pening nak guna…
Pening aku guna mFace nih..
MMG TAK BEST PUN….AKU BUKAK PUN DA PENING…..