MISTERI LUBANG BESAR DI CHINA

by abgteror on July 7, 2012

in Bencana

Post image for MISTERI LUBANG BESAR DI CHINA

MISTERI LUBANG BESAR DI CHINA | Nauzubillah, hanya tuhan yang Maha Mengetahui. Ini kerana satu kejadian misteri dimana sebuah lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah Hunan, China. Dalam kejadian itu juga turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan. Pihak berkuasa tempatan kat sana terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu bagi mengelakkan kemalangan berulang.

Mangsa yang terperangkap itu gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu. Sememangnya tak dapat dipastikan sedalam mana lubang yang terbentuk tue. Tapi kalau sampai nampak tiada penghujung, Nauzubillah…

Cuma jangan la kita cepat buat spekulasi macam-macam bila melihat berita seperti ini. Bertawakal kepadaNya dan teruskan bebuat amalan yang baik. Jangan tunggu dajal dah keluar baru nak belajar ambil air sembahyang. Mungkin juga kejadian ini hanya satu peringatan tentang kerosakan muka bumi yang dilakukan oleh manusia yang tak tahu menghargai alam sekitar. Wallahualam.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.8/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)
MISTERI LUBANG BESAR DI CHINA, 7.8 out of 10 based on 4 ratings

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: