MIZA AZURA PILIH BIDANG HIBURAN – PILIH KASIH 3

by abgteror on April 26, 2012

in Hiburan

Post image for MIZA AZURA PILIH BIDANG HIBURAN – PILIH KASIH 3

MIZA AZURA PILIH BIDANG HIBURAN – PILIH KASIH 3 | Siapa Miza Azura? Miza Azura merupakan salah satu nama baru dalam bidang hiburan tanah air yang bakatnya diketengahkan melalui program realiti pencarian bakat lakonan, Pilih Kasih (PK3).

Pakej lengkap dimiliki Ramizah Nazurah Mansor, 27, yang memilih nama komersial Miza Azura ini satu bonus buat empunya diri untuk menceburi bidang hiburan.

Tersingkir pada minggu kelima, Miza tidak menganggap perjalanannya dalam mengharungi bidang seni sudah berakhir.

Sebaliknya, anak kelima daripada enam beradik(panjang ceritanya) ini semakin bersemangat untuk membentuk diri sebagai pelakon yang disegani.

Memiliki segulung diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan­, Miza pernah berkhidmat sebagai Perunding Kejuruteraan di sebuah syarikat di Subang.

Biarpun sudah mempunyai­ kerjaya stabil, gadis peramah ini sanggup berhenti kerja semata-mata ingin mengejar impian sebagai pelakon. Keputusannya itu diambil setelah benar-benar yakin jiwanya bukan ke arah bidang kejuruteraan.

Pernah menghiasi iklan komersial seperti Celcom, Sunquick dan Sunlight, Miza  Azura menjadikan pengalaman itu dan ilmu ditimba di PK3 sebagai kelebihan diri.

Diharap Miza Azura terus sukses dengan bidang hiburan yang baru diceburinya ini. Biasa la…baru-baru nie tak banyak job lagi. Tapi nanti bila produser dah kenal…..melimpah la rezeki tu. Kak Bell pun tumpang senang. Hehe…

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
MIZA AZURA PILIH BIDANG HIBURAN - PILIH KASIH 3, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: