MODEL TERBARU PROTON 2012 | MODEL GLOBAL BARU

by abgteror on July 25, 2011

in Berita

VIDEO MAJLIS PERLANCARAN PROTON Prevé

TEMPAHAN PROTON Prevé

Model Terbaru Proton 2012 | PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A. Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terbabit ialah rekaan terbaru yang tiada kaitan dengan model Persona seperti dijangkakan umum sebelum ini. Tapi ianya tetap Persona R atau Espire seperti khabar angin terdahulu atau mengambilguna design Prototype Tuah seperti di pameran auto tak lama dahulu.

Proton mengumumkan kesediaan untuk mengeluarkan sebuah model global baru bermula Februari tahun depan. Dengan pengumuman ini, bermakna proton telah bersedia untuk melancarkan model terbaru proton yang mungkin bakal pengganti model Persona. Walaubagaimanapun, “Ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona, tetapi bukan…tengok pun tidak nampak seperti Persona.

Banyak spekulasi yang bermain di fikiran apakah mungkin model terbaru proton adalah proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Apa pun, syabas buat proton kerana sifat berdaya saing dalam pembangunan globalisasi era kini. Dan diharap pengeluaran kenderaan Nasional kali ini masih mempunyai harga mampu milik buat kaum bumiputera dan golongan yang berpendapatan sederhana. Saksikan salingan kenderaan baru proton yang yang maksudkan itu.

Syed Zainal Abidin berkata, kenderaan terbaru Proton itu akan turut dikeluarkan syarikat China yang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama antara mereka sehingga Disember ini, Hawtai Motor Group Ltd (Hawtai).

“Proton dan Hawtai saling memerlukan dengan perbincangan kini berkaitan proses pelaksanaan seperti meletakkan sumber dan struktur. Saya teruja Proton mengembangkan bisnes dan pendapatan bukan saja daripada menjual kereta, tetapi kejuruteraan, lesen dan lebih penting, kami kini berada di pasaran kereta terbesar dunia tanpa melabur terlalu besar.

“Kenderaan hasil kejuruteraan Proton yang dikeluarkan Hawtai itu menggunakan jenama mereka, tetapi produk berkenaan dimiliki syarikat perkongsian, sekali gus menyaksikan Proton akan memperoleh pendapatan melalui pemerolehan peralatan, jualan komponen dan kejuruteraan,” katanya.

-

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.4/10 (17 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
MODEL TERBARU PROTON 2012 | MODEL GLOBAL BARU, 8.4 out of 10 based on 17 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 6 comments… read them below or add one }

razlan April 10, 2012 at 19:17

Kereta harga rakyak untuk yang berpendapatan rendah

Reply

Kim February 15, 2014 at 04:35

There is no treatment that has a clear adangtvae in overall survival when it comes to prostate cancer. Many men choose to not teat it at all for the first few years, as it is usually slow growing and can be managed for long periods of time. However, in someone as young as your dad it should be treated for cure. If he is going the surgery route I would definitely go robotic. It is more precise, less invasive, has a faster recovery and there is less risk of side effects. To get the biggest adangtvae from this surgery you wan to make sure the surgeon has several under his belt as this is still fairly new in some areas of the country and it does take some getting used to. There are several types of radiation. At a minimum I want IMRT. Someone else mentioned Proton Therapy, which many men swear by. It is available at Loma Linda here in southern California. There is also Cyber Knife that was invented at Stanford several years ago. However it is still not available everywhere, but we do have it at several hospitals in southern California.At the very least he should get a second opinion and it should be from a teaching facility. These hospitals are nearly always designated cancer hospitals, they see the most unusual cases, are involved in research and have the best equipment. Some of the treatment I mentioned requires very expensive equipment, which is often out of reach for many community hospitals. Best wishes to you and your dad.

Reply

zeman April 9, 2012 at 23:35

Aku tetap setia dengan proton keluaran 1985 aku proton saga1.5 manual masih berjalan lagi walau ade adik aku yang baru lahir,spt iswara,wira,waja,gen 2,persona, inspira…proton saga 1.5 manual aku …still going strong..selamat memandu preve

Reply

abgteror April 10, 2012 at 14:08

wira jea pun…tetap mantapppp!!!

Reply

amry sharif March 15, 2012 at 09:26

harganya dlm lingkungan 60k ke atas

Reply

Densahak February 2, 2012 at 02:20

made in china?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror