NIAT PUASA RUMI 2012 | RAMADHAN 1433 HIJRAH

by abgteror on June 20, 2012

in Agama

NIAT PUASA RUMI 2012 | RAMADHAN 1433 HIJRAH | Dalam sebulan lagi, seluruh umat Islam didunia ini akan merayakan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keinsafan. Bulan Ramadhan juga menjadi rebutan para umat Islam dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Jadi abgteror wujudkan perkongsian niat berpuasa dan juga doa berbuka puasa dalam bahasa rumi bagi mengingatkan kembali kepada semua muslimin dan muslimat sekalian agar tak tergagap-gagap keesokan harinya ketika tibanya bulan Ramadhan. Baik juga untuk mengajar anak-anak kecil untuk menghafal niat serta doa berbuka puasa.

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Di sini abgteror sediakan bacaan niat puasa menggunakan huruf rumi bagi mewakili bunyi niat puasa di dalam bahasa Arab.  Adalah di nasihatkan agar mendengar serta belajar dari guru agama yang bertauliah bagi membezakan bunyi atau sebutan sebenar niat yang telah dirumikan.

Lafaz niat puasa hari-hari :

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa  ( Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala ) 
Lafaz niat puasa sebulan (Bahasa Melayu) :
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Niat berbuka puasa :
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin ( Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang ) 
Waktu berniat puasa  :
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.4/10 (7 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 7 votes)
NIAT PUASA RUMI 2012 | RAMADHAN 1433 HIJRAH, 7.4 out of 10 based on 7 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror