OH BULAN! DISAMAN BEKAS ISTERI HATTAN | Rasanya dah macam trend sekarang nie kes saman menyaman antara artis dan blog tempatan. Terbaru, bekas isteri Hattan, Noorfarashikin Othman menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.
Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web http://www.ohbulan.com telah menerbitkan satu artikel yang membawa maksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.
Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu. Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
Apa pula kesudahan kes nie? Kita tunggu pula penjelasan dari pihak Oh Bulan!
OH BULAN! DISAMAN BEKAS ISTERI HATTAN,


















{ 0 comments… add one now }