PANDELELA RINONG SUMBANG PINGAT GANGSA BUAT NEGARA

by abgteror on August 10, 2012

in Sukan

Post image for PANDELELA RINONG SUMBANG PINGAT GANGSA BUAT NEGARA

PANDELELA RINONG SUMBANG PINGAT GANGSA BUAT NEGARA | Tahniah!!! Pandelela Rinong ternyata tidak menghampakan sandaran negara terhadapnya apabila dia menghasilkan pingat kedua Olimpik buat kontinjen Malaysia, selepas menduduki tempat ketiga saingan akhir 10m platform wanita individu, awal pagi tadi.

[JOHARI PAIN MINTA MAAF KEPADA RAKYAT MALAYSIA]

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008.

-

[Siapa dia Johari Pain?]

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
PANDELELA RINONG SUMBANG PINGAT GANGSA BUAT NEGARA, 10.0 out of 10 based on 3 ratings

{ 1 comment… read it below or add one }

Ct August 10, 2012 at 09:43

tahniah…. dan teruskan misi dan visi diri..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror