PEKELILING PERKHIDMATAN SBPA 2011 | PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN

by abgteror on December 8, 2011

in Penjawat Awam

PEKELILING PERKHIDMATAN SBPA 2011 | PEGAWAI PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN | Berikut adalah ringkasan Pekeliling Perkhidmatan SBPA 2012 bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.

Kumpulan Pelaksana diperkenal bagi menggantikan Kumpulan Sokongan. Lapisan gred bagi Kumpulan Pelaksana adalah mengikut kelayakan masuk minimum seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Kelayakan masuk minimum ke Perkhidmatan Awam ditetapkan pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

PENGGELARAN GRED JAWATAN/ GRED GAJI

  • Penggelaran gred jawatan/ gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM) dan pemansuhan gred jawatan/ gred gaji 1 hingga 10.
  • Penggelaran gred jawatan/ gred gaji adalah berasaskan kepada syarat kelayakan masuk minimum yang ditetapkan atau yang setara dalam skim perkhidmatan. Setiap peringkat kelayakan masuk minimum diperuntukkan kod seperti di Jadual 2.

Pembentukan gred jawatan/ gred gaji baru ini adalah berdasarkan kombinasi antara kod kelayakan masuk minimum dengan kod gaji. Kod pertama bagi gred jawatan merujuk kepada kelayakan masuk minimum, manakala kod kedua merujuk kepada gred gaji. Pemindahan gred jawatan/ gred gaji sekarang kepada gred baru.

- STRUKTUR GAJI Gaji Single Point

  • Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.

Gaji Minimum – Maksimum

  • Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris

  • Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

Tempoh Percubaan

  1. Mulai tarikh kuat kuasa SBPA, calon yang dilantik secara tetap dikehendaki berkhidmat dalam percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. Pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.
  2. Pegawai yang masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan setelah tamat tempoh percubaan maksimum 24 bulan, boleh dilanjutkan tempoh percubaan tidak melebihi tempoh 12 bulan.
  3. Bagi calon yang dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa SBPA dan bersetuju menerima SBPA, tempoh percubaan dan pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut:
  • pegawai boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa SBPA tertakluk telah berkhidmat dalam tempoh percubaan enam (6) bulan atau lebih, dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan di bawah SSM.
  • pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 24 bulan atau lebih tetapi belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan, dibenar menghabiskan baki tempoh percubaan asal di bawah SSM atau baki tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan pegawai boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Peperiksaan Perkhidmatan

  • Peperiksaan perkhidmatan ditambah baik dari segi pelaksanaannya di mana sukatan peperiksaan bagi Subjek Umum diklasifikasikan kepada tiga (3) tahap keperluan penguasaan iaitu asas, pertengahan dan lanjutan. JPA bertanggungjawab untuk menyediakan sukatan dan soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum. Ketua Perkhidmatan pula bertanggungjawab menentukan tahap keperluan penguasaan Subjek Umum serta melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Umum dan Subjek Jabatan.

Penilaian Prestasi

  • Sistem penilaian prestasi baru yang lebih menyeluruh diperkenalkan meliputi penggunaan kaedah pelbagai penilai (multi-rater), Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditambah baik. Sistem penilaian prestasi baru ini lebih inklusif, adil dan telus selaras dengan keperluan perkhidmatan dan mengandungi elemen baru kompetensi seperti idea inovatif dan kreatif serta sumbangan aktif pegawai di luar tugas rasmi.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang

  • Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan pegawai yang melangkaui kebiasaan kepada perkhidmatan, masyarakat dan negara.

PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN Umur Persaraan Paksa 60 Tahun

  • Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan paksa adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan paksa 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur persaraan paksa 60 tahun. Borang opsyen pelanjutan umur persaraan paksa 60 tahun

-

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ANDA BOLEH DOWNLOAD PEKELILING SBPA 2012 DISINI

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: