PELAKON BOLLYWOOD MEENAKSHI THAPAR MATI DIBUNUH | Ada sesiapa yang kenal aktress Bollywood bernama Meenakshi Thapar? Beliau adalah bintang baru Bollywood yang muncul pada 2011 dengan lakonan filem 404. Dan terbaru adalah filem Heroin yang sedang dalam penggambaran dengan watak utama dipegang oleh Kareena Kapoor.
Meena dilaporkan diculik oleh pelakon pembantu yang turut berlakon dalam filem Heroin setelah mengetahui kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Meena nie. Dah culik tu apa lagik, mesti la mintak duit tebusan. Mereka meminta sebanyak 1,500,000 Rupees atau 28k dolar sebagai wang tebusan dan jika tidak dipenuhi, Meena akan mereka paksa untuk berlakon filem lucah.
Takut dengan ugutan tersebut, keluarga Meena memasukkan wang sebanyak hanya 60,000 Rupees ke dalam akaun dan sejurus selepas itu, mereka terus membunuh Meena dan mengerat anggota badan Meena sebelum dicampakkan ke dalam tangki air. Kepalanya pula mereka campak ditepi jalan ketika menaiki bas ke Mumbai.
Kes ini masih dalam siasatan. Tapi apa yang berlaku tak ubah macam filem yang ditayangkan sebelum ini. Bezanya kini, pelakon wanita terus kehilangan nyawanya. Mangsa mati dalam umur 28 tahun. Sadiskan???
PELAKON BOLLYWOOD MEENAKSHI THAPAR MATI DIBUNUH,





















{ 0 comments… add one now }