PELARASAN GAJI DAN KENAIKAN PANGKAT GURU MENGIKUT TIME BASE BAKAL DILAKSANA | Seramai 480,000 guru di seluruh negara bakal mendapat khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara ‘time based’ yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran bagaimanapun sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Beliau juga berharap JPA dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BH
PELARASAN GAJI DAN KENAIKAN PANGKAT GURU MENGIKUT TIME BASE BAKAL DILAKSANA,



















{ 0 comments… add one now }