PEMBAYARAN BR1M DIBUAT SECARA BERPERINGKAT: PEMOHON JANGAN PANIK

by abgteror on January 25, 2012

in Rakyat

PEMBAYARAN BR1M DIBUAT SECARA BERPERINGKAT: PEMOHON JANGAN PANIK | Ramai pemohon BR1M panik dan sering bertanyakan soal pembayaran BR1M yang telah dilaksanakan semenjak 15 Januari lalu. Tak kurang juga yang masih belum dapat membuat semakan kerana talian yang disediakan terhad sehingga menimbulkan kemarahan pemohon. Sememangnya sistem yang tidak teratur ini sepatutnya dirancang dengan teliti sebelum perlaksanaan BR1M seperti semakan online melalui laman web rasmi contohnya.

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu panik dan bimbang jika masih belum menerima pembayaran tersebut kerana pembayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata di Negeri Sembilan proses pembayaran BR1M bermula 15 Jan lepas dan pembayaran tersebut dimulakan di peringkat negeri serta juga semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pembayaran ini merupakan fasa pertama bagi mereka yang menghantar borang BR1M pada 10 Dis sehingga 27 Dis. Di Negeri Sembilan untuk fasa pertama ini sejumlah 55,000 borang yang diproses dan telah diluluskan pembayarannya di mana setiap seorang menerima RM500,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya sebanyak 168,000 borang BR1M telah dihantar dan masih belum diproses lagi manakala pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

“Kita kini sedang membuat pembayaran peringkat pertama. Jadi, jangan pula ada pemohon yang panik menyatakan dia belum menerima pembayaran BR1M kerana kita sentiasa membuat pembayaran berperingkat-peringkat.

“Proses pembayaran BR1M ini dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan apabila diluluskan, LHDN akan memberitahu kepada Pejabat Daerah atau pun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan kita akan uruskan pembayarannya mengikut tempat.

“Jadi, saya harap supaya jangan ada pemohon yang panik yang menyatakan dia masih belum menerima pembayaran BR1M. Tarikh permohonan BR1M telah dilanjutkan kepada 10 Feb ini,” katanya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 4 comments… read them below or add one }

Rodiana fazila February 17, 2012 at 01:47

macam mana sya nak hantar borang …. sya xhantar lagi borang buleh kah br1m tolong sya …

Reply

abgteror February 17, 2012 at 07:40

Kan ade tarikh tutup dia tuh…kene hantar sebelum itu la ke lhdn berdekatan.

Reply

ling February 13, 2012 at 14:54

KEPADA YANG BERKENAN BR1M CARA PEBGAGIHANNYA DI BANDAR KECIL SARAWAK IAITU DI SRI AMAN TERUK SEKALI…KERANA SAYA TAK TAHU MANA NAK BUAT ADUAN JADI HARAP SESIAPA YANG TAHU TOLONG ADUKAN NANTI

UNTUK PERGETAHUAN SEMUA…DARI PAGI SEMUA PENDUDUK RUMAH PANJANG YANG DARI HULU SUNGAI TELAH BERATUR DARI JAM 7 PAGI LAGI DI PEJABAT RESIDEN SRI AMAN SARAWAK…..SELEPAS PINTU DI BUKA..MEREKA PERLU CHEEK DULU NAMA MASING MASING DI PAPAN KENYATAAN..SEKIRANYA ADA NAMA BARULAH PERGI AMBIL NOMBOR GILIRAN,,MASALAHNYA IALAH JAM 9 PAGI NOMBOR GILIRAN TELAH HABIS..DAN DI BERITAHU NOMBOR GILIRAN AKAN DIBERIKAN LAGI PADA SEBELAH PETANG JAM 2:15….TETAPI APA YANG MENDUKACITAKAN IALAH SELEPAS MENUNGGU BEGITU LAMA DAN TANPA DIBERITAHU…BILA SAYA PERGI BERTANYA ADAKAH MASIH ADA NOMBOR GILIRAN DI BERIKAN LAGI…BARULAH PENGUGUMAN DI BUAT MENGATAKAN NOMBOR GILIRAN HARI INI TELAH HABIS..JADI BAGIMANA DENGAN NASIB ORANG TUA YANG DATANG DARI JAUH MENGUNAKAN PERAHU DAN MEMERLUKAN BERGITU BANYAK MASA UNTUK SAMPAI MENUNTUT RM500 INI….MEREKA DI SURUH BALIK DAN DATANG KEESOKKAN HARINYA…TETAPI DIKATAKAN ESOK NOMBOR GILIRAN CUMA UNTUK 700 ORANG AJE…INI BERETI MEREKA TAK PERLU BERKERJA UNTUK SESUAP NASI CUMA UNTUK MENDAPATKAN RM 500 INI AJE …DAN KOS MEREKA DATANG KE SINI BUKANNYA MURAH……SO KEPADA YANG BERKENANAN TOLONG SELESAIKAN MASALAH INI

Reply

abgteror February 14, 2012 at 07:36

Itu la…banyak rungutan sistem yang disediakan tak sistematik. ada juga yang mengklafikasikan sebagai siapa cepat dia dapat sebab diluar bandar, ada yang terus dibayar tunai.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror