PENDAFTARAN BR1M 2.0 SECARA ONLINE DAPAT SAMBUTAN | Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pendaftaran secara dalam talian untuk BR1M 2.0 mendapat sambutan di luar jangkaan.
“Hanya dalam tempoh dua hari dari 1 November hingga 2 November, kami menerima 148,000 permohonan secara dalam talian.
“Sambutan ini menunjukkan bahawa sistem dalam talian (online) memudahkan orang ramai,” katanya selepas majlis pecah tanah di tapak kompleks bangunan baru Asrama Anak-Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda di Chemor pada Sabtu.
Ahmad Husni berkata, permohonan itu menumpukan individu bujang yang berhak untuk mendapat bantuan sebanyak RM250, dan keluarga yang tidak menerima bantuan BR1M RM300 pada awal tahun ini.
“Bagi mereka yang menerima bantuan pada tahun ini, mereka tidak perlu memohon lagi kerana nama mereka sudah berada dalam sistem.
“Mereka hanya perlu memaklumkan kepada kita sekiranya terdapat perubahan pada alamat atau ketua keluarga sudah meninggal dunia,” kata beliau, sambil menambah bahawa para pemohon juga boleh menggunakan borang permohonan daripada agensi kerajaan selain pendekatan secara dalam talian.


















{ 3 comments… read them below or add one }
adakan abang saya layak menerima br1m
881026-49-5009
adakah saya layak menerima br1m
900119-12-5390
kalau dpt maklumat saya , pls respond or send sms 016-8128519 tell me. TQ!