PENDAFTARAN DAN BORANG PERMOHONAN PERCUMA UNTUK BANTUAN RAKYAT RM500

by abgteror on October 13, 2011

in Rakyat


>>>DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500<<<

-

PENDAFTARAN DAN BORANG PERMOHONAN PERCUMA UNTUK BANTUAN RAKYAT RM500 | Kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan rakyat RM 500 akan dibayar mulai Januari 2012. Walaubagaimanapun telah disahkan kerajaan bahawa borang bantuan rakyat RM500 akan diedarkan kepada orang ramai pada 10 Disember 2011 ini.  Bila borang bantuan rakyat RM500 dikeluarkan, abgteror akan upload borang tersebut ke dalam laman ini untuk kemudahan orang ramai. Oleh itu, rakyat sepatutnya tidak terlalu terburu-buru untuk memohon atau membanjiri kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri. Semuanya akan dijelaskan selepas kajian dan sistem yang teratur sedia digunakan untuk memberi bantuan secara telus kepada rakyat yang berkelayakan iaitu pendapatan isi rumah kurang daripada RM 3000. Dengan itu, kerajaan meminta rakyat bersabar dan menunggu makluman lanjut dari kerajaan mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri. Borang akan disediakan DISINI apabila dikeluarkan kelak.

Lanjutan daripada pengumuman Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri berhubung pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah, perlaksanaannya akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2012 secara berperingkat dan pendaftaran serta borang permohonan adalah secara PERCUMA.

Pendaftaran bagi pemohon yang layak hanya boleh dilakukan setelah Borang dan sistem berkaitan siap disediakan. Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, pendaftaran melalui perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDNM akan turut disediakan kelak. Di samping itu beberapa agensi kerajaan yang lain akan dikenalpasti bagi membantu melicinkan urusan pendaftaran permohonan.

Syarat-syarat permohonan akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan dan akan diumumkan melalui Kenyataan Media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui Kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik termasuklah Bank Simpanan Nasional.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

Kamarul April 8, 2012 at 22:32

blh x jika permohonan di buat secara on line?Dan bagaimana caranya?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror