PENGANALISIS JENAYAH KAMAL AFFANDI SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN

by abgteror on October 12, 2012

in Berita

PENGANALISIS JENAYAH KAMAL AFFANDI SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN | Pnganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berjaya dibedah setelah disahkan mengidap penyakit saraf Arteriovenous Malformation(AVM) di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon Petaling Jaya.

Pembedahan kaedah Cyber Knife yang menggunakan tembakan laser bagi mengeluarkan gumpalan urat saraf terlebih pada bahagian otak kirinya berjaya dilakukan pada kira-kira 4.30 petang semalam (Rabu).

Kamal mengalami penyakit AVM atau lebihan urat di kepalanya yang mengganggu koordinasi tangan kanan sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal.

Lebih memburukkan keadaan, polisi insuransnya tidak dapat menampung kos pembedahan kaedah Cyber Knife yang melebihi RM41,000 kerana penyakitnya dikategorikan sebagai “congenital” iaitu keadaan yang wujud sejak lahir.

Pada pembedahan yang diadakan pada petang Rabu, Kamal dilaporkan berjaya mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepalanya.

No related content found.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror