PERMOHONAN MATRIKULASI KPM ONLINE 2013

by abgteror on September 21, 2012

in Pendidikan

Post image for PERMOHONAN MATRIKULASI KPM ONLINE 2013

PERMOHONAN MATRIKULASI KPM ONLINE 2013 | Permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 kini telah dibuka. Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester.

Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

Berikut adalah panduan untuk permohonan Matrikulasi KPM sesi 2013/2014 secara online:

Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (14 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 4 votes)
PERMOHONAN MATRIKULASI KPM ONLINE 2013, 8.2 out of 10 based on 14 ratings

{ 11 comments… read them below or add one }

dayah September 30, 2012 at 01:29

nape borang matriks da x bleh buka?
ckap tarikh tutup pde 10/10..erm..

Reply

Pencetus Fenomena September 23, 2012 at 11:49

boleh dh…nk daftar..thank

Reply

muhd shafiq September 22, 2012 at 15:47

bile bleh open permohonan …….

Reply

jeriy September 22, 2012 at 08:14

npe still x leh ni ???? internet server eror ???

(nok maroh sero !!)

Reply

fasrina September 21, 2012 at 22:29

bile link ni nk ok ..saye nak wat permohonan matrikulasi ni …??????

Reply

abgteror September 21, 2012 at 23:11

link dah ok…..yang skang tu masalah server kementerian. mungkin sebab terima beban pengunjung yang terlampau banyak…..

Reply

nana September 21, 2012 at 21:31

oh okay … thanks a lot .

Reply

hasnol September 21, 2012 at 13:14

mcm mna nk bt pemohonn ke matrikulasi

Reply

abgteror September 21, 2012 at 19:37

klik permohonan online. tq

Reply

nana September 21, 2012 at 10:40

saya nak buat permohonan ke matrikulasi bagi sesi 2013 . but when i click the link … the link is error . what should i do ?

Reply

abgteror September 21, 2012 at 19:37

link dah update…..maaf yea sebab terlepas pandang. Ianya berlaku apabila pihak kementerian menukar doc atau fail pendaftaran online tersebut.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: