PERMOHONAN TANGGUH PLKN UNTUK TINGKATAN 6 DAN MATRIKULASI

by abgteror on April 26, 2012

in Pendidikan

Post image for PERMOHONAN TANGGUH PLKN UNTUK TINGKATAN 6 DAN MATRIKULASI

PERMOHONAN TANGGUH PLKN UNTUK TINGKATAN 6 DAN MATRIKULASI | Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan meneruskan pengajian di tingkatan enam atau program matrikulasi bermula Mei ini boleh memohon penangguhan bagi mengikuti PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012.

Bakal pelatih perlu mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di kaunter khidmat pelanggan JLKN atau dimuat turun dari laman web rasmi JKLN www.khidmatnegara.gov.my

Setelah borang tersebut dilengkapkan, ia hendaklah dikepilkan bersama surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam atau program matrikulasi sebelum dihantar ke Cawangan Pengecualian dan Penangguhan, Bahagian Pengurusan Pelatih, JLKN.

Penangguhan sehingga tamat tempoh pengajian akan diberikan kepada pemohon. Bagi mereka yang akan menyambung pengajian selepas tamat tempoh penangguhan tersebut, mereka perlulah mengisi Borang Permohonan Pembaharuan Penangguhan melalui proses yang sama.

FREE DOWNLOAD BORANG TANGGUH PLKN


VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: