PESTA AIR MALAYSIA PORT DICKSON BERMULA 4 HINGGA 6 MEI 2012 | Pernah join Pesta Air Malaysia PD? Sapa yang tak pernah sertai tu rasanya ini adalah peluang keemasan yang tak patut anda lepaskan.
Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 akan berlangsung di Pantai Cahaya selama tiga hari mulai 4 Mei ini.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pesta tersebut antaranya ialah cabaran ski air antarabangsa, larian pantai di sebelah malam, cabaran paintball, acara sukan, karnival memancing, pertandingan kugiran dan konsert. Lebih RM80,000 hadiah berbentuk wang tunai dan sagu hati berserta trofi ditawarkan.
Pesta tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama kerajaan negeri. Mohh le kita sama-sama meriahkan Pesta Air Malaysia PD 2012!!!
PESTA AIR MALAYSIA PORT DICKSON BERMULA 4 HINGGA 6 MEI 2012,


















{ 0 comments… add one now }