Bagi penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya pastinya hari ini adalah yang dinanti-nantikan saban tahun. Mana taknya, Putrajaya skali lagi mendatangkan belon udara dari serata negara dan berkumpul sebagai salah satu aktiviti tahunan Tourism Malaysia dalan kalender perlancongan.
Abgteror baru balik dari merasa sendiri kemeriahan Karnival tersebut. Memang meriah. Tak putus-putus pengunjung yang datang tak kira dari dalam dan luar negara. Acara yang disediakan juga menarik. Kesemuanya dengan harga yang berpatutan dan pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman yang tak mungkin anda lupakan. Anda boleh menaiki belon panas, helikopter, bermain bola air, human balloon, paint ball, pocket bikes, tricycles, mono ride, wall climbing dan bermacam-macam lagi permainan yang anda boleh cuba dengan sedikit bayaran. Tak mahal pun. Tapi nasihat abgteror kalau nak rasa naik belon udara kene datang awal-awal pagi sebab pukul 10.00 pg tiket dah sold out. So, ada sehari lagi dan pastikan anda mengambil peluang nie ok.
Berikut adalah kadar harga untuk pelbagai jenis acara yang terdapat di Karnival tahun ini:
Harga untuk naik belon udara panas =RM10.00, Helikopter=RM40.00, Pocket Bike=RM10 untuk 5 minit, Tricycle=RM10 untuk 10 minit, Bola Air=RM20 untuk 10 minit, Paintball=RM15 untuk 30 pallet, Wall climbing=RM10 untuk 10 minit.
Beberapa belon udara panas memenuhi ruang angkasa pada hari pembukaan Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012 bermula Khamis ini. Lebih 26 belon dari 13 negara bersaing pada acara tahunan yang memasuki edisi keempat kali ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk datang melihat sendiri keunikan belon udara yang dipamerkan disini. Anda juga berpeluang untuk menaikinya dengan kadar bayaran yang tertentu untuk menikmati keindahan persekitaran Putrajaya dari udara.
Fiesta bertemakan “1Dunia, 1Malaysia, 1Pesta” turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukkan para motor, tricycle, memanjat tembok dinding, menaiki bot dan lain-lain lagi. Festa ini dijangkakan menerima kunjungan 300,000 pengunjung sebelum berakhir Ahad ini.

PESTA BELON UDARA PANAS ANTARABANGSA PUTRAJAYA 2012 KEMBALI,























{ 0 comments… add one now }