PESTA LIAR DI PORT DICKSON – 50 REMAJA DITAHAN

by abgteror on June 3, 2013

in Jenayah

PESTA LIAR DI PORT DICKSON – 50 REMAJA DITAHAN | Polis menahan 50 remaja lelaki dan wanita berusia 17 hingga 27 tahun, termasuk seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana menyertai pesta liar di sebuah apartmen di sini, malam kelmarin.

Mereka berpesta dengan meneguk minuman keras dan mengambil dadah, sambil menari mengikut rentak muzik dalam apartmen tiga bilik yang disewa khas dengan bayaran RM750 satu malam.

Serbuan dalam 3 pagi itu, polis menahan 38 lelaki dan 12 wanita. Kebanyakan mereka yang menyertai pesta itu datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

“Sebanyak 27 remaja, termasuk lima wanita didapati positif dadah jenis ecstasy dan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah. 

“Sebelas daripada mereka yang memiliki dadah akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Port Dickson.” 

Yang sedihnya, sebahagian besar remaja berkenaan, menipu ibu bapa mereka dengan memberi alasan keluar menyambut hari jadi rakan.

Sebelum nie dah pernah kene serbu pesta liar di pantai. Ada lagi yang tak serik-serik rupanya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
PESTA LIAR DI PORT DICKSON - 50 REMAJA DITAHAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror