PROTON SAGA SV BERHARGA SERENDAH RM33,438

by abgteror on June 15, 2013

in Rakyat

PROTON SAGA SV BERHARGA SERENDAH RM33,438 | Proton hari ini melancarkan Proton Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu.

“Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini kami tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi kita meningkatkannya.“Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini,” katanya ketika majlis pelancaran Proton Saga SV di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV. Selalunya, kalau ikutkan model-model sebelum ini, deposit pembelian kereta proton mestilah berjumlah 10% dari harga kereta.

“Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik,” katanya.proton+saga+sv

Saga SV ini dipenuhi dengan kosmetik baru yang lebih menarik.Mempunyai 94 kuasa kuda lebih tinggi berbanding kereta setaraf melalui kuasa enjin 1,300cc.

Impak bahagian belakang telah diperkuatkan. Dua kerusi di belakang telah diperkatakan dengan palang “V” untuk mengelakkan impak berlebihan dari belakang.

Pintu tepi dan bahagian atas juga sudah diperkuatkan. Juga mempunyai beg angin di bahagian depan untuk pemandu dan penumpang juga.

Bamper depan juga sudah diperkuatkan.

gambar+saga+sv

aksesori+saga+svsaga saga2 saga3

Kredit to: http://www.utusan.com.my/

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.8/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)
PROTON SAGA SV BERHARGA SERENDAH RM33,438, 7.8 out of 10 based on 4 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

Giorgio Izas June 15, 2013 at 15:44

Proton ni adik beradik FL ngan BLM ke?… Mcm best jea (^_^)

Reply

abgteror June 15, 2013 at 16:03

sama dengan flv rasanya….diorg cakap takde ubah pape….tambah airbeg jea kot.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror