QARIAH MALAYSIA PERDENGAR BACAAN | TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53

by abgteror on July 20, 2011

in Sukan

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53 hari ini memperdengarkan bacaan qariah dari Malaysia yang juga Juara Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 2011 kali ke-54 iaitu saudari Suraya Abu Hasan. Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke-53 yang akan berakhir pada 23 Julai ini menampilkan 81 orang peserta dari setiap pelusok dunia. 


Enam qari dan dua qariah memperdengarkan bacaan pada hari keempat Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi. Qari terdiri daripada Amjad Saeed Muhammad Bashir dari Pakistan, Muhammad Yusuf (Indonesia), Muhammad Sadid Abdul Latif (Singapura), Muhammad Fauzi Idris (Kemboja), Mohammad Sadiq Rahimi (Afghanistan) dan Azizi Alili (Crotia).


Qariah pula ialah Suraya Abu Hassan dari Malaysia dan Marziah Rahimi dari Afghanistan. Seramai 81 qari dan qariah terbaik dari 50 negara menyertai tilawah kali ini yang berlangsung sehingga Sabtu ini. Jom kita sama-sama hayati bacaan Suraya ketika bergelar Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2011 kali ke-54.


VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 1.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
QARIAH MALAYSIA PERDENGAR BACAAN | TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53, 1.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror