RAJESH KHANNA MENINGGAL DUNIA

by abgteror on July 18, 2012

in Hiburan

Post image for RAJESH KHANNA MENINGGAL DUNIA

RAJESH KHANNA MENINGGAL DUNIA | Takziah abgteror ucapkan kepada keluarga si mati, iaitu bintang pertama Bollywood, Rajesh Khanna yang sakit sejak sekian lama, meninggal dunia hari ini pada usia 69 tahun. Pelakon itu meninggal dunia di rumah keluarganya di sini selepas keluar dari hospital awal minggu ini.

Dikenali sebagai “Kaka” (pak cik) di kalangan peminatnya, Khanna bukan datangnya dari dinasti pelakon seperti mana nama-nama besar Bollywood lain. Dia dilahirkan di bandar Amritsar, barat laut India pada 1942 dan mula berlakon sejak di bangku sekolah.

Dia mula berlakon menerusi filem “Aakhri Khat” pada 1966 dan telah tampil dari lebih 150 buah filem Hindi. Antara filem lakonan beliau yang paling abgteror minati ialah filem Raaz. Filem lama tuh tapi sedap kalau layan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 5.7/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
RAJESH KHANNA MENINGGAL DUNIA, 5.7 out of 10 based on 3 ratings

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: