RAYUAN BR1M DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR BULAN INI

by abgteror on March 18, 2012

in Rakyat

Berita baik bagi mereka yang masih belum menerima baucer BR1M. Begitu juga bagi mereka yang memohon rayuan BR1M dan masih belum menerma apa-apa maklum balas dari pihak terlibat. Ini kerana tarikh tutup permohonan rayuan dilanjutkan sehingga akhir bulan ini.

Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.

“Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kita akan terus membuat pertimbangan bagi memastikan setiap pemohon layak mendapat bantuan.

“Kita tak tetapkan tarikh akhir permohonan tapi saya berharap akhir bulan Mac ini majoritinya akan buat rayuan kerana bulan April nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi yang memproses permohonan itu akan mula terbabit dalam kutipan cukai,” katanya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.5/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
RAYUAN BR1M DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR BULAN INI, 6.5 out of 10 based on 2 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

AMIRUDIN BIN JUNAIDE July 21, 2012 at 12:10

Assalamualaikum.saya yang bernama Amirudin Bin Junaide,850115125737.Semasa proses pengisian borang dan penerimaan duit BR1M,saya masih dalam perkarangan INDONESIA..
Selepas saya balik dari INDONESI(Sulawesi),saya terus isi borang tersebut dan menghantar di pusat LHDN.kata pihak LHDN,tarikh tutup sudah tamat.1hari selepas penghantaran borang saya.saya harap pihak Tuan dan Puan dapat mempertimbangkan rayuan permohonan saya.
Sekian Terima Kasih.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror