RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) DIPERKENAL SPNB | BAJET 2012

by abgteror on December 11, 2011

in Rakyat

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) DIPERKENAL SPNB | BAJET 2012 | Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berkonsepkan reka bentuk hijau yang lebih selesa mulai tahun depan. Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, sebanyak 10,000 unit RMR yang diluluskan di dalam Bajet 2012 akan dibina dengan konsep demikian.

Beliau berkata, empat reka bentuk baru akan ditawarkan dengan kos sebuah unit kira-kira RM65,000 yang RM20,000 daripadanya akan diberi subsidi oleh kerajaan. Kerajaan akan menanggung jumlah keseluruhan subsidi itu sebanyak RM200 juta.

Kamarul Rashdan berkata, rumah-rumah tersebut berkeluasan 1,000 kaki persegi berbanding 866 kaki bagi reka bentuk asal. Antara keistimewaan lain yang turut disediakan pada rumah pasang-siap itu ialah ia diperbuat daripada komponen yang dapat menyerap haba panas serta tempat menadah air hujan.

Reka bentuk sebegitu adalah bagi memenuhi saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) pada tahun 2009 supaya rumah RMR dibina dengan memberi lebih keselesaan kepada penghuninya, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci RMR kepada seorang penerima di sini hari ini.

Kamarul Rashdan berkata, bagi mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah tersebut, tempoh pembayaran baliknya akan dipanjangkan kepada 25 tahun yang pemilik hanya perlu membayar sekitar RM150 bulan sepanjang tempoh itu.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.2/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) DIPERKENAL SPNB | BAJET 2012, 6.2 out of 10 based on 5 ratings

{ 8 comments… read them below or add one }

sukardi bin parman February 10, 2013 at 12:15

boleh kah saya memohon rumah mesra rakyat tapi tanah tiada saya hanya menyewah sahaja sekarang ni.

Reply

nurul ain December 19, 2012 at 23:27

askom….sya nk tanya klau kt kelantan blh mohon tak.sbb sy ingat nk repair umah lama sbb umah 2 dah usang.umah 2 atas nma abg.tp sya nk tahu dkt kelantan blh mohon x.klau blh kt mana sya blh mohon?

Reply

anizan October 5, 2012 at 23:40

berapa had max pendapatn isi rumah klu nak memohon sbb sy tgk ada yg 2,550 dan ada yg 3,000 subln. klu lebih tp x mmpu nak buat rumah sendiri mcmaner???

Reply

abgteror October 11, 2012 at 09:18

had memohon rmr 3000. kalau lebih syarat mmg tak akan dipertimbangkan. kene sewa la gamaknya….

Reply

AIN September 29, 2012 at 12:29

Makluman tuan.. saya mahu memohon… sudah cuba apply tapi ada sikit masala..kerana geran tanah berstatuskan TOL (semetara)…ada cara lain untuk saya meohon….

Reply

abgteror October 1, 2012 at 07:46

tak ada rasanya sebab benda tu dah ada dalam syarat kelayakan pemohon. pemohon mestilah pemilik nama dalam geran tanah. kalau sementara kene periksa dengan org pejabat tanah. suruh dia datang ukur cepat sikit. tapi jangan pulak kata urgent nak mohon RMR. Nanti diorg nie mintak ganjaran baru nak buat…

Reply

SERUJIE BELUN August 31, 2012 at 17:00

SAYA MAHU MOHON /TAPI TIDAK TAHU CARA YANG MANA MEMBOLIHKAN DAPAT KELULUSAN PIHAK SPNB TOLONGLAH.

Reply

abgteror September 1, 2012 at 12:39

untuk makluman tuan, segala info telah diupdate disini….jadi boleh hubungi pihak berwajib untuk ketahui pejabat paling berdekatan anda untuk urusan lanjut…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: