SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT KEBANGSAAN

by abgteror on February 5, 2012

in Agama

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT KEBANGSAAN | Salam Maulidur Rasul. Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, di sini Ahad ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata majlis akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, dan akan turut berangkat hadir Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis bermula dengan perarakan kontinjen agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan, dari Istana Kehakiman pukul 7 pagi berakhir di Dataran Putra.

“Acara kemuncak ialah upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H, di mana sembilan penerima akan dipilih, termasuk seorang penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul,” katanya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

Stokis RajaBio February 6, 2012 at 14:34

Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sahbihi wa barik wa sallim.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror