SEMAK SLIP GAJI ONLINE | e-PENYATA GAJI ONLINE | PENYATA GAJI TAHUNAN

by abgteror on March 18, 2012

in Penjawat Awam

Penjawat awam kerajaan tidak lagi menerima Slip Gaji ataupun Penyata Gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010, selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Jadi sekarang, kalau nak dapatkan penyata gaji ataupun laporan pendapatan tahunan, penjawat awam kena daparkan secara online menerusi laman web ANM yang disertakan dibawah ini.

Cara untuk mendaftar, pengguna dikehendaki melayari laman web ANM (http://www.anm.gov.my). Seterusnya klik pada e-Penyata Gaji dan Laporan. Anda juga boleh gunakan link yang diberikan di bawah ini untuk terus akses ke website tersebut ;

P/S: Sila jangan buka waktu puncak kerana akan mengakibatkan bebanan pada server anm.gov.my. Akibatnya tak dapat la kita check slip online.

e-Penyata Gaji dan Laporan Tahunan

e+penyata+gaji+kakitangan+awam+02

Klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan penuhkan ruangan kosong dengan butiran² yang diperlukan. Bila dah kesemuanya dah lengkap, Klik OK untuk pengesahan. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem e-Penyata Gaji untuk mendapatkan penyata gaji bulanan dan pendapatan tahunan.
e+penyata+gaji+kakitangan+awam+03

Untuk makluman, penyata gaji boleh diperolehi menerusi website ANM ini sehari sebelum pembayaran gaji bagi dibuat pada setiap bulan. Untuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila muat turun Surat Perkeliling Bil 3/2010.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.2/10 (38 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 8 votes)
SEMAK SLIP GAJI ONLINE | e-PENYATA GAJI ONLINE | PENYATA GAJI TAHUNAN, 6.2 out of 10 based on 38 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror