SEMAKAN BACAAN PENGGUNAAN ELEKTRIK | METER ELEKTRONIK TNB

by abgteror on November 3, 2011

in Berita

SEMAKAN BACAAN PENGGUNAAN ELEKTRIK | METER ELEKTRONIK TNB | “Meter baru beri bacaan sebenar penggunaan elektrik”. Heboh diperkatakan sekarang ini berkenaan isu jumlah penggunaan bil elektrik selepas TNB mengeluarkan meter elektronik untuk menyukat penggunaan elektrik. Ianya menimbulkan rasa tidak puas hati oleh kebanyakkan pengguna yang merungut bahawa cas bil elektrik yang dikeluarkan selepas menggunakan meter elektronik melambung berlipat kali ganda. Tenaga  Nasional Berhad (TNB) hari ini memberi jaminan meter barunya memberikan bacaan penggunaan elektrik yang sebenar melalui proses penentuukuran oleh makmal yang mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.

“Meter lama yang digantikan itu merupakan meter-meter yang telah melebihi jangka hayat 15 tahun, meter rosak dan meter yang terlibat dengan usikan meter (meter tampering) bagi memastikan pembacaan meter yang tepat. “Untuk kes-kes yang terbukti melibatkan kecurian, sudah tentu akan terdapat penggunaan yang amat ketara selepas penggantian meter,” kata TNB dalam kenyataan di sini.

TNB mengalu-alukan perbincangan bersama pengguna yang mempunyai bukti dan alasan kukuh bahawa tiada usikan meter dan akan memberikan pertimbangan sewajarnya. TNB juga tidak mengenakan caj pemasangan meter dalam program penggantian meter lama atau rutin meter rosak. Untuk keterangan lanjut mengenai proses penggantian meter itu orang ramai boleh hubungi One Stop Enquiry Centre di talian 1-300-88-5454 atau e-mel kepada tnbcareline@tnb.com.my atau layari www.tnb.com.my.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror