SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2011 ONLINE | SEMAK SECARA SMS | Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.




















{ 5 comments… read them below or add one }
teringat zman nk ambik result dlu . . rsa mcm xmo p amek . . kan bgus klu dri dulu leh cek gna sms . .
dulu tunggu suma da dapat baru amik….pas dpt terus ramai2 gi terjun sungai…..best
mesti calon gugup nak amek result.. huhu teringat zaman dahulu kala
zaman kita dulu x de sms sms ni kan hehe
eh sama lak entry kita
mesti calon xdpt tdo tunggu result..hehe