SEMAKAN ONLINE PERMOHONAN IPTA SESI 2012/2013 | Tahniah buat lebih 38,000 calon berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013.
Mereka yang dipilih terdiri dari 52,430 calon yang layak daripada 63,467 permohonan dan surat tawaran rasmi akan dihantar mulai Isnin ini.
Daripada 38,549 yang diterima itu, 25,372 atau 65.8 peratus adalah wanita, manakala dari segi aliran pula 57 peratus daripada aliran sains dan baki beraliran sastera. Prestasi calon yang berjaya mengikut kaum pula menunjukkan bumiputera mencatat 70.2 peratus (27,455), Cina (86.4 peratus atau 8,986), India (72.8 peratus atau 1,384) dan daripada kaum lain 69.8 peratus.
Calon yang menerima surat tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari atau sebelum 22 Julai. Calon juga boleh membuat semakan secara online melalui laman sesawang:
- http://upu.mohe.gov.my
- http://www.jpt.utm.my
- http://jpt.uum.edu.my
- https://jpt.unimas.my
- http://jpt.ums.edu.my
atau menghubungi
Talian hotline 03-8870 6767
Helpline 03-8870 6777
Talian am 03-8870 6755/6766
atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Mereka juga boleh datang ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Presint 5 untuk membuat semakan mulai hari ini sehingga 20 Julai.
Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman sesawang http://upu.mohe.gov.my mulai hari ini dan berakhir 22 Julai.
Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September.
SEMAKAN ONLINE PERMOHONAN IPTA SESI 2012/2013,


















{ 8 comments… read them below or add one }
nak tanya, if dpt offer upu & at the same time dpt offer degree penerapan uitm, saya nk dah terima tawaran uitm, yg upu tu if tak bagi respon tolak or terima tawaran, dia automatically means saya tolak ke?
Haah…tak perlu buat surat atau daftar sebelum tolak tawaran. Jika tiada maklum balas dari pelajar, automatik upu akan ambil calon ambilan kedua sesi tersebut.
salam nak bertanya kalau dah buat rayuan, apakah langkah seterusnya yang harus dilakukan?
kalau dah buat rayuan selalunya mmg tak boleh buat apa2. kene tawakal jea. harap2 ada yang dah dapat tu tolak….so rayuan nie akan termasuk dalam reserve list….
tak boleh buat apa2 dah lepas buat rayuan. just tawakal dan harap-harap ada yang diterima tu tolak tawaran sebab rayuan nie sama dengan status reserve list.
ooh jadi saya tak perlulah utk menghantar salinan sijil yang diperlukan ke universiti yang dipohon
teringt time lepas spm dulu , i donno how to apply ipta and stuff sbb x celik it lagi . untung budak2 skang hehe
sama dengan la….dulu harap membe2 ngan cikgu sound baru la pi beli borang….manual….bukan isi online cam skang nie….hehe