SEMAKAN ONLINE UTM BAGI LEPASAN STPM DIUMUM ESOK

by abgteror on August 18, 2012

in Pendidikan

SEMAKAN ONLINE UTM BAGI LEPASAN STPM DIUMUM ESOK | Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari esok.

Calon yang memohon boleh menyemak status permohonan dan mencetak surat tawaran itu di laman web rasmi UTM iaitu  www.jpt.utm.my.

Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan dan pengesahan boleh dibuat melalui laman web yang sama.

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Sarjana Muda UTM ialah pada 2 September 2012 di Kampus UTM, Johor Baharu dan Kampus UTM Kuala Lumpur.

Manakala bagi calon yang tidak berjaya pula mereka boleh membuat rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi dikeluarkan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my. Katanya jika tiada sebarang tawaran yang diterima daripada UTM sehingga 30 September ini, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya.Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Unit Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar, UTM melalui e-mail azhara@upu.mohe.gov.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.edu.my dan http://jpt.ums.edu.my.

Status permohonan juga boleh diketahui melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan hantarkan ke 15888.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
SEMAKAN ONLINE UTM BAGI LEPASAN STPM DIUMUM ESOK, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror