SENARAI LALUAN KTM KOMUTER TAMBAHAN SEMPENA MERDEKA

by abgteror on August 30, 2012

in Rakyat

Post image for SENARAI LALUAN KTM KOMUTER TAMBAHAN SEMPENA MERDEKA

SENARAI LALUAN KTM KOMUTER TAMBAHAN SEMPENA MERDEKA | Tempoh perkhidmatan komuter dilanjutkan esok dan 31 Ogos untuk memudahkan pengguna yang menghadiri sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka dan perhimpunan “Janji Ditepati” di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Berikut adalah senarai laluan tambahan yang disediakan bagi kemudahan orang ramai.

Perkhidmatan tren tambahan laluan:

Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang, Kuala Lumpur-Sungai Gadut dan Kuala Lumpur-Rawang akan berlepas serentak pada pukul 12.30 tengah malam dan 1.30 pagi pada 30 Ogos (Khamis).

Pada malam 31 Ogos, tren tambahan laluan:

Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang akan berlepas pada pukul 12.04 tengah malam dan 1.04 pagi, Kuala Lumpur-Sungai Gadut pada pukul 11.53 malam dan 12.23 tengah malam, dan Bandar Tasik Selatan-Rawang pula pada pukul 12.15 tengah malam dan 12.45 malam.

Pengguna dinasihatkan membeli tiket perjalanan pergi-balik bagi mengelakkan kesesakan di kaunter tiket. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-88-5826 atau layari laman web www.ktmb.com.my.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
SENARAI LALUAN KTM KOMUTER TAMBAHAN SEMPENA MERDEKA, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: