SERI TERSINGKIR KILAUAN EMAS 3

by abgteror on May 2, 2013

in Hiburan

SERI TERSINGKIR KILAUAN EMAS 3 | Seri menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Kilauan Emas Musim Ketiga yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini malam Rabu.

Pemilik nama penuh Sarimah Sulaiman, 41, yang menyampaikan lagu Laksamana Raja Dilaut nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau terpaksa akur apabila hanya mendapat 41 markah daripada juri profesional dan undian secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Persembahan yang mengangkat tema irama Malaysia dan pop yeh yeh itu memperlihatkan peserta daripada Selangor, Mior Yazid Ahmad atau Meor mengungguli pertandingan dengan 74 markah menerusi persembahan mantapnya membawakan lagu Seruling Anak Gembala.

Manakala kedudukan tempat kedua dan ketiga dimiliki oleh Silahudin Ali (Silah) dan Idris Mohd Shabidin (Idris) yang mendapat 70 markah.

Seri ketika ditemui wartawan berkata, walaupun sedih terpaksa menjadi peserta pertama meninggalkan program berkenaan namun dia bersyukur sepanjang terlibat dalam Kilauan Emas dia mendapat pelbagai ilmu daripada guru vokal iaitu Siti Hajar dan Adnan Abu Hassan.

“Dalam masa singkat banyak ilmu yang diperoleh daripada mereka dan sudah tentu saya tidak akan berhenti menyanyi hanya kerana tewa di gelanggang Kilauan Emas,” jelasnya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.5/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
SERI TERSINGKIR KILAUAN EMAS 3, 8.5 out of 10 based on 2 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror