SHILA AMZAH KINI TAMPIL BERTUDUNG

by abgteror on August 7, 2012

in Hiburan

Post image for SHILA AMZAH KINI TAMPIL BERTUDUNG

SHILA AMZAH KINI TAMPIL BERTUDUNG | Shila Amzah yang kini tampil memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu dengan niat hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya.

Alhamdulillah, memang ramai yang nak Shila Amzah nie berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, rasanya dia dah berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan sebelum membuat keputusan memakai tudung nie. Harap-harap ramai lagi la umat Islam khusus nya wanita memakai tudung sebab ianya bukan pilihan tetapi sebenarnya WAJIB.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
SHILA AMZAH KINI TAMPIL BERTUDUNG, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: