SKIM KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH (KOPSYA) UNTUK PENJAWAT AWAM

by abgteror on September 14, 2011

in Penjawat Awam

SKIM KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH (KOPSYA) UNTUK PENJAWAT AWAM | Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menubuhkan skim Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) bagi membantu kakitangan awam membebaskan diri daripada hutang bank.

Hmm….berita baik untuk penjawat awam yang banyak sangat berhutang nie. Dalam meniti zaman yang mana kos sara hidup menghimpit penjawat awam, kebanyakkan penjawat awam tidak akan dapat lari dari meminjam pinjaman peribadi. Dan usaha yang dilakukan ini diharap dapat membantu untuk menstabilkan ekonomi keluarga.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, Kopsya bertujuan membantu penjawat awam membuat pinjaman, selain mengelakkan mereka daripada dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Beliau berkata, Kopsya, yang diuruskan Angkasa, dilihat mampu membantu penjawat awam membuat pinjaman melalui kaedah potongan gaji serta mereka yang tidak dapat melangsaikan hutang kepada bank daripada diisytiharkan muflis.

“Kita tak nak lihat 1.5 juta penjawat awam meminjam dari saluran yang tidak bertanggungjawab kerana ia akan mendatangkan banyak masalah di kemudian hari,” katanya. Kopsya akan mula beroperasi pada bulan depan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 3.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
SKIM KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH (KOPSYA) UNTUK PENJAWAT AWAM, 3.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

rosli June 27, 2012 at 16:44

cerita je lebih no fon tak bagi macam mana saya nak call tanya nak buat loan bagi elok sikit slip gaji ,……………tapi kalau tak mampu jangan la duk cerita lg macam meriam buluh je bunyi je lebih hasil macam hampeh

Reply

abgteror June 27, 2012 at 20:15

nak tanya loan macammana kalau belum dilancarkan. kene sabar la tunggu wujud dulu kopsya nie. boleh tuan?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror