SKIM PERSARAAN SWASTA DILANCARKAN

by abgteror on July 18, 2012

in Rakyat

SKIM PERSARAAN SWASTA DILANCARKAN | Satu skim baru sistem pencen  untuk pekerja swasta telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dengan nama “Skim Persaraan Swasta” atau PRS. Bagi menggalakkan simpanan di bawah skim tersebut, mereka akan diberi pelepasan cukai sehingga RM3,000 dan majikan pula mendapat pengurangan cukai bagi setiap caruman kepada PRS untuk pekerja mereka dengan kadar yang ditetapkan iaitu 19 peratus.

Sejumlah 24 dana akan diuruskan oleh lapan penyedia Skim Persaraan Swasta yang boleh didapati untuk orang ramai pada September ini.

Lapan Penyedia PRS adalah AmInvestment Management; American International Assurance; CIMB-Principal Asset Management; Hwang Investment Management; ING Funds; Manulife Unit Trust; Public Mutual and RHB Investment Management.

PRS merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mendapatkan simpanan jangka panjang untuk persaraan mereka selaras dengan langkah untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Berikut adalah video pelancaran Skim Persaraan Swasta yang dirasmikan oleh Perdana Menteri petang tadi.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.sc.com.my/

  • Press Release: Malaysia’s voluntary Private Retirement Schemes established
  • Opening Address at Private Retirement Scheme Launch, 18 July 2012 by YBhg Datuk Ranjit Ajit Singh, Chairman, Securities Commission Malaysia
  • Private Retirement Scheme Booklet (pdf)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
SKIM PERSARAAN SWASTA DILANCARKAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror